www.tenderdirect.com.myEnglish Version
Home   Faq   Isi Kandungan   Hubungi Kami   Bantuan
  Pemilik   Kontraktor   Kerajaan   Korporat   Pemasaran
 
          korporat  
  perihal kami prakata penyelesaian baragan teknologi pekerja pasukan
 
Perihal Tender Direct 

TenderDirect Sdn Bhd, adalah satu syarikat berinisiatif tinggi, memajukan bidang perisian komputer khususnya di dalam industri pembangunan dan pembinaan. Perisian terbaru ini telah dibentangkan kepada Pertubuhan Pembangunan Multimedia lalu berjaya menyandang status MSC. Penganugerahan ini dijangka akan mendorong sumbangan yang besar terhadap pembangunan industri pembangunan dan pembinaan negara, dalam inisiatif E-Kerajaan

TenderDirect menyediakan satu sistem pengurusan untuk keseluruhan proses penawaran sebelum proses perolehan yang mengumpulkan ke semua informasi tender dijalankan. Selepas itu, tender-tender daripada pihak kerajaan, separa kerajaan dan swasta ini akan dimasukkan ke dalam Pusat Simpanan Tender.

TenderDirect untuk PEMILIK adalah satu sistem perisian yang membolehkan para pemilik dan pemaju  menerbitkan tender-tender mereka melalui  internet dengan  cekap, luas dan selamat. Sistem ini merupakan aplikasi laman web  terbaru yang melibatkan proses-proses muat turun, pembelian serta proses percetakan dokumen-dokumen tender. Jelasnya,  pengurusan perisian tender ini adalah lebih bebas dan mutlak dan ia direka  khas untuk kegunaan rakyat Malaysia. 

TenderDirect untuk KONTRAKTOR adalah satu Sistem Penyiaran yang menyediakan tender-tender terbaru di dalam ruang niaga yang luas dengan penggunaan emel, laman web, faks, telefon dan alat kelui. Pada masa ini, perkhidmatan disediakan untuk para kontraktor, pembekal dan pengeluar yang berdaftar dengan CIDB dan PKK.

TenderDirect dipengerusikan oleh - Dato Othman Bin Abdul. Sementara itu, ahli-ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada Dr. Haji Mohd Thalha, Haji Subhi Sayuti, Ir Rocky Wong, C.C. Wong dan Haji Aminar Rashid Salleh. Segala aktiviti harian turut dibantu urus oleh barisan ahli jawatankuasa lain seperti Larry Law, Manimohan, Nabil Kannan, Puva dan Radiah

TenderDirect  telah dianugerahkan Taraf MSC pada Januari 2001 dan ada cawangan di Plaza Pekeliling Kuala Lumpur, Kulim Hi-Tech Park dan Phnom Penh Cambodia.. 

Sekiranya anda  memerlukan penjelasan lanjut,  kami sedia dihubungi  di talian 
03-40428866. 
 
Badan Pengurus 
Pengerusi Dato' Othman Bin Abdul
Ketua Penyelidikan Dan Pembangunan. Dr. Hj. Mohamed Thalha Bin Hj. Alithamby
Ketua Pemasaran Antarabangsa. Mr. C.C. Wong
Ketua RakanNiaga Korporat Hj. Subhi Sayuti
Penasihat Datuk Dr. Bernard Wang
Penasihat Ir. Rocky Wong
Penasihat Haji Aminar Rashid Salleh

 
CEO Larry Law Pegawai  Rangkaian
CTO M. Manimohan Pegawai Teknologi Dan Rangkaian
CIO Nabil Kannan Pegawai Rangkaian Dan Kandungan.

 

 
     
Syarat Penggunaan | FAQ | Isi Kandungan | Hubungi Kami | Bantuan

Copyright © 2000/2001 TenderDirect Sdn. Bhd./TenderWorks Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
Address: 12A13, Level 12A, Plaza Permata, 50400 Kuala Lumpur. Tel:03-4042 8866 Fax:03-4042 1099