www.tenderdirect.com.my http://www.TenderDirect.com.my/bm  
  • FAQ  • Isi Kandungan • Hubungi Kami • Bantuan
 
CIDB
MOF
PKK
   
  anda disini : kontraktor > FAQ

1. Apa itu TenderDirect ? 
2. Bagaimanakah TenderDirect beroperasi?
3. Bagaimana dengan pembayaran?
4. Di manakah sumber tender-tender?
5. Adakah sistem ini terjamin?
6. Apakah imbuhan-imbuhan yang didapati daripada sistem ini?
7. Apakah jenis-jenis perkhidmatan yang ada di Tender Direct?
8. Bagaimanakah tender-tender ini disiarkan?
9. Bagaimana dengan cara pembayaran?
10. Kepada siapakah perkhidmatan ini disediakan?
11. Apakah pengalaman syarikat ini?
12. Bolehkah saya menukar pilihan tender?
13. Berapakah bilangan kontraktor yang sudah tersenarai dan berdaftar?
14. Mengapakah terdapat tender di luar permintaan saya?
   
1. Apa itu TenderDirect ? 

TenderDirect ialah satu sistem dalam talian yang mampu mencipta, mengurus dan mengeluarkan tender-tender untuk para pemilik, kontraktor dan pembekal. Ia merupakan satu sumber informasi yang bertumpu kepada tender-tender di Malaysia. Melalui sistem ini, tender-tender akan dihantar dan diterima melalui lamanweb, e-mel dan faks.
kembali ke atas

2. Bagaimana TenderDirect beroperasi?

TenderDirect terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu pemilik dan kontraktor.Setiap hari, tender-tender akan dikumpul, dikategorikan dan disiarkan mengikut Sistem TenderDirect. Pemilik haruslah mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi borang pendaftaran supaya proses cipta dan hantar tender dapat dilakukan untuk kontraktor.Kemudian, para kontraktor yang juga telah mendaftar dengan TenderDirectakan diberi kata laluan bagi membolehkan mereka memasuki sistem ini.Dengan ini, mereka akan dapat menyertai TenderDirect dan mendapatkan kategori,spesifikasi dan lokasi tender yang diminati melalui faks,e-mel dan dalam talian.
kembali ke atas

3. Bagaimana Dengan Pembayaran?

TenderDirect adalah satu langganan perkhidmatan yang menyediakan kepada para kontraktor kaedah yang sesuai untuk mendapatkan tender pada setiap hari. Kos pembayaran bergantung kepada pakej yang dipilh iaitu diantara RM30 ke RM60.
kembali ke atas

4. Di manakah sumber tender-tender?

Sumber tender didapati daripada suratkhabar sebagai contoh suratkhabar Utusan, Berita Harian, News Straits Times, Star serta Laman web Dalam Talian dan sumber-sumber luar.Tender-tender yang diterbitkan adalah dengan kebenaran TenderDirect. Sistem ini meluas dengan kemasukan pelbagai sumber-sumber tender daripada pemilik sebagai contoh Jabatan Kerja Raya, Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain, Separa Kerajaan Dan Swasta.
kembali ke atas

5. Adakah sistem ini terjamin ?

TenderDirect hanya boleh dipaparkan apabila identifikasi pengguna dan kata laluan dimasukkan sewaktu proses masuk.Penggunaan TenderDirect terjamin sepenuhnya dan ia memberikan pelanggan sijil digital daripada pintuamanah untuk tujuan keselamatan.
kembali ke atas

6. Apakah imbuhan-imbuhan yang bakal didapati daripada sistem ini?

Imbuhan-imbuhan yang didapati daripada perkhidmatan ialah:

1.Tumpuan tender, tender-tender mudah didapati, setiap hari.
2.Tender-tender yang sesuai dan berkaitan dengan kontraktor.
3.Tiada peluang untuk ketinggalan tender.
4.Menjimatkan masa, kos, menawarkan peluang perniagaan yang baik.
5.Kesesuaian dalam mendapatkan spesifikasi tender.
kembali ke atas

7. Apakah jenis-jenis perkhidmatan yang ada di TenderDirect?
  TenderDirect menyediakan sistem pengurusan tender untuk para pemilik dan kontraktor, yang terdiri daripada:
1. Pengiklanan Tender .
2. Pemberitahuan Tender
3. Pemerhatian Tender
kembali ke atas
8. Bagaimana tender-tender ini disiarkan?
Tender-tender ini disiarkan melalui:-
1. Faks
2. E mel.
3. Kaedah-kaedah lain mengikut permintaan pelanggan.
kembali ke atas
9. Bagaimana dengan cara pembayaran?
Pembayaran boleh dilakukan dengan cek, kiriman wang, kad kredit atau pembayaran tunai.
kembali ke atas
10. Kepada siapakah perkhidmatan ini disediakan?
Perkhidmatan ini disediakan untuk:
1. Pemilik.
2. Kontraktor.
3. Pemilik dan kerajaan
4. Pemilik. kerajaan, kontraktor, penyelidik dan orang-orang yang membina industri pembangunan dan pembinaan.
kembali ke atas
11. Apakah pengalaman syarikat ini?

Syarikat ini mula beroperasi pada Mei 2000.Mempunyai badan penyokong yang berpengalaman kerana telah bertahun melibatkan diri di dalam industri Pembangunan dan Pembinaan.Di samping itu, Majlis Penasihat TenderDirect sangat berpengetahuan luas dan komited terhadap projek ini.TenderDirect telah menjalankan kajian ke atas kehendak para kontraktor, pemaju dan lain-lain keperluan tender. Kami bertanggungjawab membekalkan tender dalam talian yang akan menjimatkan masa, wang dan tenaga pengguna.
kembali ke atas

12. Bolehkah saya menukarkan pilihan tender?
  Boleh, anda boleh menukar pilihan tender anda dengan menghubungi bahagian membercare untuk mengemaskinikan laporan anda di dalam Sistem Penawaran Tender.
kembali ke atas
13. Berapakah bilangan kontraktor yang sudah tersenarai dan berdaftar?
Terdapat lebih daripada 100 kontraktor yang telah mendaftar di dalam Sistem Penawaran TenderDirect.
kembali ke atas
14. Mengapakah terdapat tender di luar permintaan saya?
 

Sesetengah tender tidak spesifik kepada mana-mana kategori.Namun, anda boleh menggunakan tender seperti ini untuk mengetahui projek-projek yang sedang berjalan.Adakalanya anda tidak berjaya memperolehi tender mengikut permintaan anda kerana kekurangan informasi di dalam borang pendaftaran anda.Sistem ini akan mengumumkan kepada semua pendaftar mengenai tender-tender sedemikian.
kembali ke atas

Syarat Penggunaan | FAQ | Isi Kandungan | Hubungi Kami | Bantuan


Copyright © 2000/2001 TenderDirect Sdn. Bhd./TenderWorks Sdn. Bhd. All Rights Reserved.
Address:12A13, Level 12A, Plaza Permata, 50400 Kuala Lumpur. Tel:03-4042 8866 Fax:03-4621 099