Perihal
Tender Direct
TenderDirect
Sdn Bhd, adalah satu syarikat berinisiatif tinggi, memajukan
bidang perisian komputer khususnya di dalam industri pembangunan
dan pembinaan. Perisian terbaru ini telah dibentangkan kepada Pertubuhan
Pembangunan Multimedia lalu berjaya menyandang status MSC. Penganugerahan
ini dijangka akan mendorong sumbangan yang besar terhadap pembangunan
industri pembangunan dan pembinaan negara, dalam inisiatif E-Kerajaan.
TenderDirect
menyediakan satu sistem pengurusan untuk keseluruhan proses penawaran
sebelum proses perolehan yang mengumpulkan ke semua informasi tender
dijalankan. Selepas itu, tender-tender daripada pihak kerajaan, separa
kerajaan dan swasta ini akan dimasukkan ke dalam Pusat Simpanan Tender.
TenderDirect
untuk PEMILIK adalah
satu sistem perisian yang membolehkan para pemilik dan pemaju
menerbitkan tender-tender mereka melalui internet dengan cekap,
luas dan selamat. Sistem ini merupakan aplikasi laman web terbaru
yang melibatkan proses-proses muat turun, pembelian serta proses percetakan
dokumen-dokumen tender. Jelasnya, pengurusan perisian tender
ini adalah lebih bebas dan mutlak dan ia direka khas untuk kegunaan
rakyat Malaysia.
TenderDirect
untuk KONTRAKTOR adalah
satu Sistem Penyiaran yang menyediakan tender-tender terbaru di dalam ruang
niaga yang luas dengan penggunaan emel, laman web, faks, telefon dan alat
kelui. Pada masa ini, perkhidmatan disediakan untuk para kontraktor, pembekal
dan pengeluar yang berdaftar dengan CIDB dan PKK.
TenderDirect
dipengerusikan oleh - Dato Othman Bin Abdul. Sementara itu,
ahli-ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada
Dr. Haji Mohd Thalha, Haji Subhi Sayuti, Ir Rocky Wong, C.C. Wong dan
Haji Aminar Rashid Salleh. Segala aktiviti harian turut dibantu
urus oleh barisan ahli jawatankuasa lain seperti Larry Law, Manimohan,
Nabil Kannan, Puva dan Radiah
TenderDirect
telah dianugerahkan Taraf MSC pada
Januari 2001 dan ada cawangan di Plaza Pekeliling Kuala Lumpur, Kulim Hi-Tech Park dan Phnom Penh Cambodia..
Sekiranya anda
memerlukan penjelasan lanjut, kami sedia dihubungi di talian
03-40428866.
|