|
|
Bagaimana
Ia Berfungsi
TenderDirect
menyediakan aplikasi serta peralatan untuk para pemilik menguruskan operasi
harian tender.
Setiap
hari, kakitangan anda dapat memasukkan sendiri ringkasan, butiran informasi,
pra-kualifikasi, pembetulan dan penganugerahan tender. Tender-tender ini
akan dijejak dari saat ia dicipta sebelum pengurusan tender dilakukan bagi
mendapatkan status informasi di mana-mana sahaja pada bila - bila masa
sahaja.
Setiap
pemberitahuan tender akan disahkan oleh pengurus dan penyelia sebelum
ia dihantar ke dalam Pangkalan data. Dalam pada itu, satu
Surat Akuan Digital (daripada Pintu Amanah/Dimeterai) akan dikeluarkan
dan disertakan bersama- sama tender. Ini adalah untuk memastikan
keselamatan para pemilik dan anda, iaitu tidak ada satu tender pun
boleh diubah sewenang-wenangnya.
Apabila
tender anda sudah diterbitkan, sistem Penyiaran TenderDirect akan mengambil
alih proses tender anda seterusnya. Sistem ini akan mengisih, mengkategori
dan menghantar tender mengikut spesifikasi dan sasaran kontraktor. Para
kontraktor boleh memilih untuk menerima tender melalui e-mel, faks, protokal
tanpa wayar ataupun laman web. Keseluruhan proses ini adalah secara automatik,
iaitu tiada lagi kekalutan atau pembayaran kos pengiklanan di dalam suratkhabar.
|